Siapa Kami?

Maxoil, sebuah jenama yang dimiliki oleh Maxcare Success Sdn Bhd (MCS).
Sejak 25 tahun lalu, Maxoil telah mendapat sambutan di kalangan Bumiputera sekaligus menjadi perintis Bumiputra kepada produk-produk otomitif dan lubrikan yang dipasarkan di bawah jenama sendiri iaitu Maxoil & Maxlube.

Maxoil kini giat berkembang dengan ribuan stokis besar dan kecil serta pengedar sah di seluruh Malaysia. Moto ‘JUJUR TENTANG KUALITI’ menjadi pegangan hingga ke hari ini dengan memastikan kualiti produk adalah yang terbaik dan seterusnya mempertingkatkan komitmen sedia ada ke tahap yang lebih baik.

Maxoil minyak enjin berprestasi tinggi yang hebat, menggabungkan formulasi terbaru dalan rumusan minyak dan teknologi ‘additive’ bagi membentuk satu minyak pelincir yang mempunyai tahap perlindungan paling maksima.

Maxoil terhasil dari keputusan cemerlang ujian teknologi bertahun bagi tujuan industri permotoran dan perlumbaan.
Direka khas dengan ciri-ciri pelinciran terbaik serta pengeluaran asap ekzos paling minima. Digeruni kerana prestasinya, menawan kerana ia mesra alam.

 

Pelincir Prestasi Pilihan untuk Kualiti dan Nilai

  • Memberi perkhidmatan mesra pengguna, cekap menyediakan produk pilihan pengguna yang terbukti berkualiti dan bernilai untuk setiap ringgit dibelanjakan.

 

Kenapa Maxoil?

Sejak 1992

Terus meneraju dunia pelinciran sejak 1992 hingga kini dan MAXOIL mempunyi ribuan pengedar di seluruh Malaysia.

JUJUR TENTANG KUALITI

Dengan jaminan motto “JUJUR TENTANG KUALITI” kilang MUSCLE LUBE yang terletak di Pandamaran Klang ini memproses minyak MAXOIL dengan QC yang ketat bagi memastikan kualiti terbaik untuk pengguna MAXOIL.

Serata Malaysia

Terkenal dengan mutu dan kualiti minyak yang direka khas dengan ciri-ciri pelinciran terbaik untuk jangka hayat enjin lebih panjang.